Mempertingkatkan kualiti kehidupan warga perbandaran melalui pentadbiran dan pengurusan pembangunan dan kemajuan kawasan perbandaran yang efisien dan efektif
Menjadi pemangkin kepada kegiatan perekonomian kawasan perbandaran (Pro Business)
Peningkatan serta pemantapan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan dalam kawasan perbandaran
Mempertingkatkan keupayaan dan keberkesanan sumber tenaga jabatan
Meningkatkan hasil kutipan dan pendapatan negara melalui cukai bangunan. bayaran lesen perniagaan dan sewa petak-petak tamu mingguan, gerai-gerai makan dan juga pasar malam
Membantu mengekalkan perpaduan, keharmonian, kesepakatan, keselamatan dan keselesaan hidup bermasyarakat dan bernegara