Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KEMPEN KEBERSIHAN DAN MENGSANITASI

8-min.jpg

Pekan Tutong, Rabu, 25 Ogos 2021 – Dalam usaha bagi sama-sama meningkatkan langkah-langkah dalam sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di Negara ini, Jabatan Bandaran Tutong melalui Bahagian Perkhidmatan dan Pemeliharaan hari ini telah mula melaksanakan Kempen Kebersihan dengan pelaksanaan kerja-kerja membersihkan dan mengsanitasi aset-aset di bawah kawalan Jabatan Bandaran Tutong khususnya yang sering dikunjungi oleh orang ramai.

Kempen kebersihan dan mengsanitasi ini adalah usaha dan inisiatif Jabatan ini dalam menjaga juga kesejahteraan keselamatan orang ramai dan peniaga-peniaga dalam tempoh penularan wabak Covid-19 ini dan sehubungan ini, para peniaga-peniaga gerai, pasar malam dan pasar ikan dan juga orang ramai adalah diharapkan untuk juga sama-sama memberikan kerjasama khususnya pengunjung-pengunjung untuk mematuhi SOP yang ditetapkan dengan menjaga penjarakkan sosial, mengimbas Kod QR dan pemakaian sungkup muka apabila memasuki bangunan-bangunan ini serta akan menjaga kebersihan kawasan pada setiap masa.

Pelaksanaan kempen kebersihan dan mengsanitasi ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat yang mana pada hari tersebut telah diadakan di Bangunan Gerai Selera Tutong dan akan dilaratkan ke Bangunan Pasar Malam Pekan Tutong dan seterusnya ke Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong. Kempen ini dilaksanakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada hari Rabu, 25hb Ogos 2021 dan hari Khamis, 26hb Ogos 2021 dengan mengikut SOP dan tatacara pembersihan mengikut garis pandu Kementerian Kesihatan.


Created at 26/08/2021 12:01 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 26/08/2021 12:02 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim