Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

INISIATIF HIJAU

Tutong, Isnin, 24 Zulkaedah 1442 bersamaan 5 Julai 2021, Jabatan Bandaran Tutong telah mengadakan aktiviti menanam pokok bagi Inisiatif Hijau. Acara ini diadakan di tempat Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong.

Acara ini dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah dan doa selamat yang diketuai oleh Md Haffiz bin Md Isamuddin. Seterusnya acara menanam pohon buah-buahan dimulakan oleh Yang Mulia Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim. Turut hadir menyertai aktiviti berkenaan ialah Setiausaha Lembaga Bandaran Tutong, Pengiran Mahdini bin Pengiran Haji Ali, Penolong Setiausaha Bandaran, Suharni binti Haji Suboh, Penolong Pentadbir, Haji Bahrin bin Haji Kamis, Pegawai Penguatkuasa, Muhammad Syahman bin Majid, Pegawai Melesen, Haji Aidil Alinoh bin Haji Abdullah, Penyelia Pejabat, Faridah Norhayati binti Ta'ai, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Tutong.

Sebanyak 22 jenis pohon buah-buahan berbagai jenis telah ditanam di Kompleks Pasarneka dan Tamu Tutong pada hari tersebut.


Created at 08/07/2021 14:29 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 08/07/2021 14:29 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim