Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SESI MUZAKARAH DAN TAKLIMAT MENGENAI PERATURAAN-PERATURAN AM / SURAT KELILING JABATAN PERDANA MENTERI/ AKTA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM PENGGAL 83

Tutong, Jabatan Bandaran Tutong telah mengadakan "Sesi muzakarah dan taklimat mengenai Peraturan-peraturan AM / Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri/ Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Penggal 83" pada hari Isnin dan Selasa, 10 Rabiulawal 1442 Hijrah dan 11 Rabiulawal 1442 Hijrah, 26 Oktober 2020 dan 27 Oktober 2020, bertempat di Bilik Muafakat, tingkat 2, Jabatan Bandaran Tutong.

Sesi muzakarah dan taklimat ini bertujuan untuk berkongsi ilmu tentang peraturan-peraturan AM yang ada di Perkhidamatan Awam dan ianya disampaikan oleh Penolong Pentadbir, Haji Bahrin bin Haji Kamis. Turut hadir semasa muzakarah dan taklimat ini ialah Pengerusi Bandaran Tutong, Haji Azmi bin Haji Abdul Rahim dan Setiausaha Bandaran, Pengiran Mahdini bin Pengiran Haji Ali. Diantara kandungan di sesi muzakarah dan taklimat ini ialah, kehadiran berkerja, akta rahsia rasmi, keberadaan/kehadiran semasa bertugas, surat keliling Jabatan Perdana Menteri, panduan dalam melaksanakan tindakan tatatertib, berikrar dan menandatangani akta rahsia rasmi untuk pegawai-pegawai dan kakitangan dan lain-lain lagi.

Seramai lebih 90 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Tutong telah menghadiri muzakarah dan taklimat ini.


Created at 28/10/2020 14:38 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim
Last modified at 28/10/2020 14:38 by Awang Wahyunul Ikhwan bin Haji Kassim